• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple

peraduan..macam2 ada...

salam semua..ini ade beberapa peraduan yg boleh korang sertai.. setakat ni tgk ok la hadiah2 yg ditawarkan..so, ape lagi, malas nk citer panjang2..kita tgk contest ape yg ade ye...jom...

1. Peraduan blog walking organised by abg teror


ads

Syarat Penyertaan:
Mestilah warga Asia Tenggara, tidak menggunakan auto blogwalking, tidak hisap dadah, tak buat maksiat, tak minum arak, solat jangan lupa yea, tidak pernah menderhakai kedua ibubapa, tak pernah buang bayi, tak pernah lumba haram, tak terlibat dengan masalah sosial, tak ponteng skolah dan tak pernah pecah rumah. Kalau nak folow, folow la....lau tak pun still sah penyertaan.

Cara-cara Penyertaan:
1. Ambil banner dan pamerkan ke blog anda selama kontest ini berlangsung.
2. Abgteror tak wajibkan sesiapapun untuk membuat entry atau tag rakan. (kalau nak alhamdulillah, syukur, tuhan jea yang dapat balas jasa baik anda) Abgteror benarkan untuk copy paste post ini.
3. Cara blogwalking mestilah melalui klik banner yang diberikan. (untuk mendapatkan referal blog, bukan dari shoutmix)
4. Abgteror mungkin akan kurangkan bw untuk tidak berlaku ketidakadilan. (bukan sombong)
5. Pemenang akan ditentukan mengikut jumlah link terbanyak dalam stat refferal.
6. Sila sahkan penyertaan anda di ruangan komen.

HADIAH:
Seorang pemenang yang telah dinilai akan memenangi Jersi Negara atau Kelab pilihan sendiri ( Kualiti Al-Ikhsan ). Hadiah akan dipos kepada pemenang. Kalau pemenang di Kuala Lumpur atau Puchong atau Perlis sahaja yang akan dihantar sendiri oleh abgteror. Bagi peserta dari Indonesia, beri masa sikit ok. Hadiah buat pemenang ke-dua dan ke-tiga akan dipertimbangkan.

Sekali kali Diingatkan, untuk masuk ke blog abgteror, sila klik banner untuk mendapat referal terus dari blog, referal dari shoutmix tidak diambil kira. Klik sebelum tarikh mula hanya akan diambil separuh. Jumlah hadiah mungkin akan ditambah jika penyertaan memberangsangkan. Harap Maklum.


2. Peraduan pose dpn cermin organised by am




SYARAT-SYARAT

1) Terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA shj sbb mudah nak bg hadiah
2) Follow blog nih
sbb mudah nak tngok kalau de pepe diupdate nanti
3) Buat 1 entry anda join contest ni dengan tajuk
"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"
4) Letak banner picture kat atas kat dlm blog korunk.. x kisah la sidebar ke kat mana ke dan link banner tu ke contest ni

5) Gambar tu mesti la ORIGINAL yg korunk punya k.. x leh main ciplak2 org lain punya..ramai2 ke atau sorang2 ke yg penting anda mesti a
da dlm gambar tuh, pic korunk boleh dalam bentuk statik atau lain2..tp terhad hanya 1 gambar SAHAJA
6) Tag 4 org rakan anda yg aktif, pastikan mereka tahu merea diTag
7) Tarikh tutup 11.59PM pada 23 April 2011
8) Pemenang akan dipilih melalui gambar gaya pose paling sempoi/menarik di depan cermin



3. Peraduan “Aku Ada Impian” anjuran Blog Master Arsyad




Syarat Untuk Penyertaan :
1. Mempunyai 1 blog tetap dalam Bahasa Melayu
2. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan di ruangan komen arsyadmaster.com/blog/contest, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat “Saya tahu Peraduan “Aku Ada Impian Dari Blog…”

Contohnya :- Saya tahu contest “Aku Ada Imipian” dari blog Master Arsyad.

3. Copy dan Paste Link Banner Peraduan tersebut, kemudian letak di sidebar blog anda.
4. Sila Komen Di Blog Master Arsyad sepanjang tahun 2011 untuk mendapat hadiah “Komen Paling Popular”
5. Komen Di Blog Master Arsyad tidak berunsurkan Spam
6. Komen berupa pendapat yang bernas berpeluang untuk dipilih sebagai komen terbaik. (Pendek pun takpe asalkan bernas).
7. Di blog anda, anda hendaklah tulis artikel berkaitan peraduan ini sebulan 2 kali bermakna setahun 24 artikel berkaitan peraduan tersebut. Sekiranya artikel anda melebihi 24 kali dikira sebagai bonus.
8. Follow twitter @ http://twitter.com/arsyadmaster
9. Foloow facebook :- Master Arsyad

10. Syarat akan ditambah dari masa ke semasa jika perlu
11. Sila klik button tweet dan facebook share di atas ini

Macam Mana Mahu Menang
1. Macbook ~ akan dihadiahkan kepada blog yang menjadi TOP REFERRER TERTINGGI sepanjang 2011 berdasarkan analisa Google Analytics. Cara untuk menjadi TOP REFERRER adalah bebas, mungkin dengan cara menampalkan banner di sidebar, setiap artikel atau sering letakkan link Master Arsyad di setiap artikel blog anda.
2. Nokia N8 ~ akan dihadiahkan kepada PENGOMEN TERBANYAK di blog Master Arsyad sepanjang 2011.

Pemenang Utama :-
1. MacBook (TOP REFERRER)
2. RM 500
3. Nokia N8 (Pengomen Terbanyak)
4. Percuma 2 Tiket Seminar Master Arsyad
5. JV (Joint Venture) bersama Master Arsyad
6. Percuma 2 Domain setahun
7. Percuma Majalah Jutawan (langganan setahun)
8. Percuma 1 Tiket Dr Azizan Osman ditaja oleh Master Arsyad
9. Percuma 1 Tiket Abang Abu (Jutawan Singapura) ditaja oleh Master Arsyad
10. Percuma Template Web & produk Master Arsyad bersama pendrive

beharga RM400
11. Percuma 1 Tiket Dato Dr Ibrahim ditaja oleh Master Arsyad
12. Banner anda dan nama anda di Blog Master Arsyad untuk 4 bulan

Hadiah Kedua
1. RM 200
2. Percuma 3 Botol Minyak Wangi terapi
3. Percuma 1 Tiket Mind Power Of Millionaire ditaja oleh Master Arsyad
4. Percuma Topup prepaid RM70
5. Percuma langganan Majalah Jutawan 6 bulan
6. Banner anda dan nama anda di Blog Master Arsyad untuk 3 bulan

Hadiah ketiga
1. RM 100
2. percuma 1 Botol minyak wangi terapi
3. percuma topup prepaid rm 30
4. percuma Majalah Jutawan 3 bulan
5. Banner anda dan nama anda di Blog Master Arsyad untuk 2 bulan

Hadiah Saguhati
1. Percuma 3 buah ebook paling top bernilai RM180

Tarikh Tutup :-

- 31 Disember 2011
- Tepat Jam Pukul 12

Kepada individu yang tidak mempunyai blog dan twitter sila berhubung terus kepada Saudara Master Arsyad
p/s : Harap anda tidak menipu dalam pertandingan ini.
p/s/s : Sekiranya salah satu syarat tidak diikuti maka penyertaan anda dianggap gagal


Read more: http://arsyadmaster.com/blog/contest/#ixzz1HalvRVhT



4. Peraduan "CONTEST BEAUTIFUL EYES BY TENNILICIOUS"



syarat-syarat penyertaan:
*tajuk entry mestilah seperti di atas iaitu "CONTEST BEAUTIFUL EYES BY TENNILICIOUS".
* anda mestilah letak pic anda sendiri ye...
*contest ini terbuka kepada semua peringkat umur.
*anda mesti follow blog cik wanie , cik tenten dan bloghop kami iaitu "tennielicious"
*anda harus letak banner nie di side bar sehingga tamatnya contest nie...
*sila tinggalkan link anda di post ini...sila alert kalau ada apa2 pengumuman mengenai contest ini di blog cik wanie atau blogshop kami..
*akhir sekali..anda diminta tag 5 rakan blogger anda..


HADIAHNYA :

pemenang CONTEST BEAUTIFUL EYES yang pertama akan mendapat:
mana-mana contact lens kami yang berharga RM35..

pemenang KEDUA pula akan mendapat :
mana-mana contact lens kami yang berharga RM30..

TARIKH TUTUP CONTEST :
31 / 3 / 2011

adakah anda berminat...?
apa tunggu lagi..
moh ler j0in...

nantikan cik wanie dan cik faten terjah blog and usha mata cantek kalian!


=)
selamat mencuba yer..



so, amacam ade bran nk masuk peraduan2 yg diadakan oleh blogger2 kita? ape tunggu lagi..lama2 basi...cewah...gud luck!!!
Read More 0 comments | | edit post

my following bloggers

hi semua...semalam aku tak tidur sampai jam 3pagi sebab siapkan wajah blog baru aku...hehehe..macam2 la aku altered, buang itu, buang ini, ubah sana, ubah sini biar nampak cun sket..yela, sebelum ni blog personal aku ni nampak simple sgt..so, kena la ada perubahan sket walaulapun dah lama di tinggalkan..

ooh ya, masa aku kemaskini kan blog aku ni, aku tgk la bloggers yg aku follow(member2 aku). rupe2nyer dorang pun da lama x update blog dorang..ade 3 bulan, 5 bulan, 7 bulan, 1 tahun pun ade tau..mungkin dorang sibuk menjalani aktiviti dorang..sibuk bekerja, sibuk siapkan hari2 penting bagi hidup dorang,sibuk dengan famili lagi..hehe...jom tgk sebagai bukti..(pada blogger2 tu, jgn mara aa..aku pnjam kjap screen shot blog korang..hehehe)








tapi aku percaya, esok2 pas dorang terasa lama tak berblog, @ tgk blog2 lain, @ dah tak tau nak buat ape, mesti dorang update balik blog dorang..kompom punya la..aku berani potong kuku aku la kalau salah,,ehehe......
Read More 0 comments | | edit post

GEMPAR!! KLUANG RAILCOFEE TIDAK HALAL!!!


salam semua..tadi lepas aku tengok2 kat forum cg ada 1 thread gempar buat orang2 kluang..nk tau apa dia? KLUANG RAILCOFFEE dikatakan tidak halal..kalau sebelum ni orang2 kluang bangga dengan trademark KLUANG RAILCOFEE ni la..mana tidak nya, sampai ke kl ade cawangan tau..hebat tak hebat la...tapi lepas je aku baca info tu, hbis la lpas ni makin kurang la orang nak ke kluang..hahha...

sebelum ni dah byk kali aku dengar pasal isu ni sebenarnya..tapi mungkin kesahihannya lambat di warwarkan..so, kali ini, memang telah di sahkan oleh Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).dorang melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Keputusan analisis sampel makanan yang telah diambil di KLUANG RAIL COFFEE oleh Jabatan Agama telah diterima. Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang) positif mengandungi campuran bahagian BABI..Juga terdapat kandungan ALKOHOL dalam madu yg digunakan dlm ramuan roti bakar..

tula, kadang2 kita leka dan alpa yang sedap tu sebenarnya ade sesuatu disebalik nya..tapi lambat-laun pasti akan terbongkar juga..pesanan buat semua, tengok dulu ade tanda halal ke tidak kat kedai2 franchise macam tu..beringat sebelum terkena lagi..
Read More 0 comments | | edit post

kembali lagi berblog..haahahha...

salam semua...
1st of all, aku nak ketawa dulu...hahahha...sebab ape? sebab entah ape2 aku ni. yela, orang sibuk ade blog, aku pun nak buat blog jgak. tapi hampeh nak update..tengok la, last year aku pnya last entry..hangat2 sungguh..biasa la, orang sibuk macam aku ni(cewah, mengalahkan perdana menteri plak ko ye)..hehe...

tahun 2011 satu lembaran baru telah bermula. aku balik ke rumahku setelah kerja kontrak sebagai perkerja sambilan juruteknik makmal komputer di UIA kuantan tamat..setelah duduk lebih kurang sebulan lebih, kini aku perlu memulakan langkah baru untuk mencari kerja baru..aku ingatkan nk cari kerja di kuala lumpur..yela, sna banyak kerja, tapi sektor swasta la. oh ye, berkata tentang kuala lumpur, aku teringat 1 video klip noh hujan feat altimet. lagu dia mmg best..jom kita layan dulu..





Read More 0 comments | | edit post
Newer Posts Older Posts Home

Popular Posts

  • KONGSI...MOVIE TERHEBAT UNTUK DITONTON TAHUN INI..
    As salam.. Seperti yg kita sedia maklum, Shaziey Sam merupakan pelakon yg telah dinobatkan sebagai pelakon paling popular 2010 setelah me...
  • Kereta kabel Genting Highlands
    Salam..tadi aku ade tgk 1 sumber berita mengenai kereta kabel di Genting Highland jatuh..Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada siang har...
  • kembali lagi berblog..haahahha...
    salam semua... 1st of all, aku nak ketawa dulu...hahahha...sebab ape? sebab entah ape2 aku ni. yela, orang sibuk ade blog, aku pun nak buat ...

WELCOME TO MY BLOG

    • Everything I have wrote here is from MY sincerely heart . .
  • 14-richard_clayderman-i_honestly_love_you.mp3 richard_clayderman-beacuse_i_love_you.mp3 richard_clayderman-dust_in_the_wind.mp3

    BLOG ARCHIVE

    • ▼ 2011 (7)
      • ► April (3)
      • ▼ March (4)
        • peraduan..macam2 ada...
        • my following bloggers
        • GEMPAR!! KLUANG RAILCOFEE TIDAK HALAL!!!
        • kembali lagi berblog..haahahha...
    • ► 2010 (4)
      • ► November (3)
      • ► January (1)
    • ► 2009 (11)
      • ► December (1)
      • ► October (2)
      • ► September (5)
      • ► August (2)
      • ► July (1)

    BORAK-BORAK


    ShoutMix chat widget

    MY FELLOW FOLLOWERS

    MY FOLLOWED FELLOW

    • JDMStuff Gallery - Sprinter Autoparts
      JDM Daihatsu Move L150 Turbo Halfcut - Condition Used - Halfcut/Chopshop JDM Daihatsu Move L150 Turbo JB DET 660cc Tiptronic Auto Start Function Digital Aircond Controller Momo Steeri...
      6 years ago
    • anastasyea.com
      Perfume Ayda Jebat | Dre Charisma Luxury Perfume - Salam mewangi semua, House Of Dre adalah jenama produk kecantikan dan wangian yang terdiri dari minyak wangi (Perfume) dan koleksi Spa (Spa Collection) dan...
      9 years ago
    • Makan lah, apa lagi...
      Murtabak Singapura Sri Bestari - Murtabak Singapura Sri Bestari Jalan 6C/6, Bandar Baru Bangi Kedai kat konar di kawasan sempit dan agak susah cari parking Tapi demi murtabak kutabahkan jua...
      11 years ago
    • "My Life" by Aliza Mansor
      Ramadhan 2013 : Entry #7 - It is nearing the end of Ramadhan, with only a week left. Sad to see this Holy month leave us, so let's all pray and make du'a that we get to meet with R...
      12 years ago
    • I'm Not Alone..
      -
    • Me N mYsELf..
      -
    • Me...at Work
      -

    BlogMalaysia.com





    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright TRaNscRiBE. All rights reserved.
    Blogger Templates | Free Wordpress Templates. presents HD TV Watch Futurama Online. Featured on Singapore Wedding Favors.
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top